Pensyarah UPM Menang Anugerah Leadership Energy Award’ 2015 | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Pensyarah UPM menang Anugerah Leadership Energy Award’ 2015

Pensyarah UPM menang Anugerah Leadership Energy Award’ 2015


Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto: Marina Ismail

KUALA LUMPUR – Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof. Madya Dr. Vijayaletchumy Subramaniam memenangi Anugerah Leadership Energy Award atas kejayaan ciptaan beliau iaitu perisian fonik tutor untuk kanak-kanak disleksia yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat.

Anugerah diterima daripada Iclif Leadership and Governance Centre iaitu sebuah badan yang diwujudkan dan dibiayai oleh Bank Negara Malaysia.

Ketua Perbankan Global Maybank, Datuk Amirul Feisal Wan Tahir berkata penerima anugerah dipilih berdasarkan hasil ciptaan mereka yang dapat memberi perubahan kepada kanak-kanak disleksia yang mempunyai permasalahan pembelajaran dapat belajar dengan lebih berkesan.

Sementara itu, perisian tersebut menggunakan enam kaedah mengeja berteraskan Orton-Gillingham Phonogram serta membantu kanak-kanak disleksia mencungkil kebolehan dalam aspek berbeza. - UPM


Kemaskini:: [hairul_nizam]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1511033005