| Universiti Putra Malaysia

Peniaga nasi lemak raih Bacelor Sains Hortikultur

Oleh Alex Ardiansyah

Foto oleh Noor Azreen Awang

Serdang 5 Okt – Sifat suka berdikari dan berniaga untuk meringankan beban ibu bapa membuatkan Muhammad Aisamuddin, 24, berjaya menggenggam Bacelor Sains Hortikultur dengan pembiayaan sendiri.

Aisamuddin, anak jati Kuala Lumpur itu berkata, keluarga beliau pada awalnya tidak mengetahui beliau berniaga hingga mampu membayar kos pengajian tanpa mendapat pinjaman pelajaran.

“Saya dan sahabat saya menjual nasi lemak dan juga berniaga kerepek sehingga tamat pembelajaran.

“Memang saya sengaja tidak mahu bantuan daripada keluarga kerana suka berdikari sejak dulu hingga sekarang,” katanya pada Majlis Konvokesyen ke-41 Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau yang kini bekerja di Satiri Sdn. Bhd sebagai eksekutif projek rumput Satiri berkata kerana kesibukannya mencari rezeki, dia hilang kehidupan warna warni kampus bersama rakan-rakan.

SXETRAw~