Pelembut Daging Berasaskan Teras Nenas Juara Hari Pengenalan Produk Baharu | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Pelembut daging berasaskan teras nenas juara Hari Pengenalan Produk Baharu

Pelembut daging berasaskan teras nenas juara Hari Pengenalan Produk Baharu

Oleh: Noor Eszereen Juferi

 

SERDANG, 15 Mei – Produk kumpulan Z & F Enterprise, iaitu pelembut daging 3 dalam 1 yang berasaskan teras nenas, yang dihasilkan pelajar tahun akhir Bacelor Sains dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul juara pertandingan Hari Pengenalan Produk Baharu.

 

Ketua kumpulan, Muhammad Zakwan Mohamad Zakaria berkata idea produk itu tercetus dari kesedaran beliau dan rakan-rakannya berkaitan pembuangan sisa makanan yang tidak terkawal pada masa kini.

 

“Kami mengambil inisiatif untuk menggunakan bahan lebihan bagi menghasilkan produk makanan yang mendatangkan faedah, serta tertarik dengan kandungan enzim yang ada dalam teras nanas,” katanya.

 

Beliau berkata, melalui kajian lanjut yang dijalankan, mereka mendapati enzim pada teras nanas berpotensi untuk melembutkan daging.

 

“Kami juga telah berkolaborasi bersama Agensi Nukler Malaysia bagi mengiritasi produk kami kerana enzim bromelain adalah enzim yang sensitif haba. Oleh itu kami perlu mencari alternatif bagi mengawet dan memelihara enzim tersebut,” katanya.

 

Kumpulan Z & F Enterprise turut dianggotai Nurul Syazana Hanini Mohd Tarmizi, Tsuwaibatul Aslamiyah Jamalullai, Aiza Nur Batrisyia Zaina Abidin, Chan Mei Theng, Chan Tze Xin, Nor Sharmin Sazali, Anis Amilia Fatini Mohd Kamal, Ahmad Irfan Ahmad Zaidi dan Nur Aqilah Mat Sharif. Mereka membawa pulang wang tunai  RM400 serta hamper.

 

Pertandingan itu memberi peluang kepada pelajar FSTM menghayati proses membangunkan sesuatu produk baharu yang berpotensi dikomersilkan. Sebanyak lapan produk baharu menggunakan kepelbagaian teknologi di ketengahkan, antaranya biji nangka, susu kelapa sawit, bayam, jagung dan hampas kelapa. – UPM

 

Tarikh Input: 29/06/2018 | Kemaskini: 29/06/2018 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1537401858