Pelajar UPM Gotong Royong Sediakan Bubur Lambuk | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Pelajar UPM gotong royong sediakan bubur lambuk

Pelajar UPM gotong royong sediakan bubur lambuk

SERDANG, 29 April – Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2020/2021 dan Majis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Pendeta Za'ba, UPM bergotong-royong menyediakan bubur lambuk dan mengedarkannya kepada pelajar UPM sempena bulan Ramadan ini.

Program Majlis Baroqah Ramadan itu dimulakan dengan aktiviti penyediaan bubur lambuk dan seterusnya agihan kepada pelajar UPM jam 4 petang melibatkan sembilan kolej kediaman UPM.

Bahan serta peralatan masakan ditaja sepenuhnya oleh Cengkih Katering Servis. Program diadakan di Dataran Temenggung Kolej Pendeta Za'ba.

Yang Dipertua (YDP) MPP, UPM, Muhammad Huzaifi Ismut berkata, program itu dapat mengeratkan ukhwah di kalangan pemimpin pelajar di samping menyediakan juadah berbuka puasa tradisi itu kepada pelajar yang berada di kampus.

“Saya mewakili warga Kolej Pendeta Za'ba, UPM dan Jawatankuasa Program mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cengkih Katering Servis yang telah menyumbang bahan dan peralatan memasak bubur lambuk kepada pelajar untuk menjayakan program ini,” katanya.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu  bersama Pengetua Kolej Pendeta Za'ba, Dr. Mohd Hafiz Mohd Zaid; Ketua Bahagian Perumahan dan Penempatan, Mohammed Shukri serta Pegawai Tadbir Kolej Pendeta Za'ba, Nazaruddin Ramli turut hadir memberikan sokongan moral kepada pelajar. - UPM

 

 

 

 

Tarikh Input: 17/05/2021 | Kemaskini: 17/05/2021 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
CUKSVAQ:21:54