| Universiti Putra Malaysia

Pelajar UPM anjur program mobiliti ke Bali, Indonesia


Oleh : Nurin Wahidah Mohd Khalid

SERDANG, 8 Dis - Persatuan Teater dan Drama Pentas Kumpulan 1 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) mengadakan program mobiliti ke luar negara selama empat hari di Bali, Indonesia, baru-baru ini.

Pengarah program Layar Pariwisata, Aditya Hutama berkata program yang mendapat kerjasama Universiti Udayana, Denpasar, Indonesia itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai budaya serta keunikan Indonesia selain memperkenalkan budaya Malaysia di Indonesia.

“Program ini adalah platform untuk memperkenalkan UPM sebagai landasan kepada pembangunan dan kepimpinan anak muda pada era globalisasi ini,” katanya.

Beliau berkata, objektif program adalah untuk memperkenalkan budaya dan tradisi Malaysia kepada Indonesia khususnya di Bali serta mengetengahkan pengetahuan dan silang budaya negara lain kepada pelajar-pelajar UPM.

Pelajar Bacelor Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UPM, Nurunnajwa Nor Aripin berkata beliau bersyukur diberi peluang untuk mengikuti program itu.

“Pada saya, pengalaman ke negara orang sangat berharga selain dapat meningkatkan kemahiran insaniah daripada segi komunikasi serta kepimpinan dalam diri,” katanya.

Fasilitator Kumpulan 1, Ahmad QadryBasri @ Boseri berharap pelajar UPM dapat memanfaatkan ilmu melalui program mobiliti itu.

“Program ini telah dirancang selama setahun dan alhamdulillah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama semua pihak terutamanya pengarah program,” katanya.

Antara aktiviti utama program ialah persembahan Tarian Saraswati oleh Universiti Udayana dan persembahan sajak daripada UPM, selain perkongsian ilmu dan pertukaran pendapat mengenai budaya oleh kedua-dua universiti. - UPM


 


SXERAA~