| Universiti Putra Malaysia

Pelajar UPM anjur Bengkel Kraftangan di Tadika Bahtera Khalifah (Little Caliphs)


Oleh: Saik Mei Yee

SERI KEMBANGAN, 13 Mei
- Seramai 29 pelajar dari Kursus Kokurikulum Berkredit kumpulan kraftangan (QKH2101), Pusat Kolurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) mengadakan bengkel kraftangan di Tadika Bahtera Khalifah (Little Caliphs), Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor.


Bengkel itu untuk menerapkan tujuh elemen dalam kursus kokurikulum iaitu kemahiran insaniah kepada pelajar supaya dapat mewujudkan rangkaian kerjasama erat (networking) antara masyarakat dengan institusi pengajian tinggi, serta mewujudkan nilai kepemimpinan, semangat bekerjasama dan kerja berpasukan di kalangan pelajar.

Bengkel kraftangan Craftywarrior's itu bertemakan "Let Be Crafty, Creative, Enjoy and Have Fun." Ia dipimpin Nuratiqah Shafizal sebagai Pengarah Program dan Cik Nurul Asyikin Mohd Taib selaku fasilitator kumpulan ini.

Seramai 36 orang pelajar Tadika Bahtera Khalifah (Little Caliphs) berusia 6 tahun menyertai bengkel berkenaan. Dua sesi kraf yang dijalankan adalah  DIY Pencil Topper  dan DIY Bantal Owl. - UPM


WXDdVAL~