| Universiti Putra Malaysia

Pelajar kreatif laksana kursus cara norma baharu

Seramai 60 pelajar tahun 1 Kolej Tun Dr Ismail (KTDI), Universiti Putra Malaysia (UPM) menyertai Kursus Kepimpinan SmartLEAD 2021 yang dijalankan secara hybrid, selama enam hari, berakhir hari ini.

Kursus itu yang dianjurkan Majlis Perwakilan Kolej, KTDI bertujuan mencungkil bakat kepemimpinan dan melahirkan pemimpin bagi menerajui kepemimpinan kolej dan universiti.

Pengetua KTDI, Prof. Dr. Aminuddin Hassan berkata ia merupakan kursus kepemimpinan yang pertama diadakan secara hybrid di UPM.

Beliau berharap kursus itu dapat membentuk peserta menjadi pemimpin di peringkat kolej, universiti mahupun negara kelak.

Even the best can be improved, semoga kecemerlangan demi kecemerlangan bakal tercipta dan nama Kolej Tun Dr Ismail terus megah di persada UPM, kebangsaan mahupun antarabangsa,” katanya.

Penasihat kursus, Prof. Madya Dr. Yap Wing Fen pula berkata organisasi kepemimpinan pelajar di kolej merupakan fokus penting dalam pembentukan sahsiah mahasiswa sebagai pelengkap kepada kecemerlangan dan keunggulan akademik.

“Selaras dengan keperluan itu, maka kami mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Kepimpinan SmartLEAD 2021 secara hybrid bagi memberi ruang dan platform kepada para pelajar untuk meningkatkan nilai tambah dalam aspek kemahiran insaniah terutamanya berkaitan kepemimpinan,” katanya. 

Pengarah kursus, Suzaifi Sukri pula berkata kursus itu diubah kepada kaedah hybrid untuk disesuaikan dengan norma baharu ekoran pandemik, dan berlangsung dengan jaya serta mencapai objektif.

“Walaupun Kursus Kepimpinan SmartLEAD kali ini tidak dapat dilaksanakan secara fizikal, namun atas kreativiti ahli jawatankuasa dan bimbingan penasihat, saya yakin input yang diperolehi peserta kursus hybrid ini setanding dengan kursus bersemuka,” katanya.

 

Pelajar tahun 1 KTDI, Muhammad Nazreen Samuri yang menyertai kurusus itu berkata, penganjuran kursus itu adalah langkah proaktif kerana melaluinya peserta dapat mengenali lebih ramai lagi pelajar KTDI serta mempelajari banyak ilmu kepemimpinan daripada mereka yang berpengalaman.

“Kursus ini sangat menarik walaupun hanya dilaksanakan secara atas talian. Saya bersyukur menyertai kursus ini kerana saya dan peserta lain dapat mempelajari banyak perkara mengenai kepemimpinan,” katanya. 

Penceramah jemputan bagi Slot Kepimpinan dan Personaiti dan Slot KTDI Juara ialah alumni KTDI, Dr. Mohd Mokrish dan Prof. Madya Dr. Nurul Hayah. - UPM

 

WXDcVAS~