| Universiti Putra Malaysia

Pelajar Kolej Canselor menutup tirai PCC dengan Malam Gala

Oleh Stephanie Shalini Sukumaran



SERDANG, 17 Mac- Pelajar Kolej Canselor, Universiti Putra Malaysia (UPM) menutup tirai Putra Canselor Karnival 2013 (PCC) dengan mengadakan Malam Gala.

Karnival yang dianjurkan sendiri oleh pelajar Kolej Canselor, salah satu kolej kediaman di UPM berjaya menguasai kemahiran sosial di samping mengejar akademik mereka melalui pendekatan holistic UPM kepada pendidikan.

Menurut pengetua Kolej Canselor, Dr Hanafiah Ayub, Malam Gala serta PCC telah dianjurkan sepenuhnya oleh pelajar sendiri bermula 15 hingga 17 Mac, 2013.

"Saya hanya memberikan mereka sokongan moral tetapi ianya pasti usaha dan kerja keras yang memungkinkan mereka mendapat penaja dan liputan media dari RTM1.

"Saya bangga dengan mereka," katanya.

Hadir sama pada acara Malam Gala ialah Pendaftar UPM, YBhg. Dato’ Wan Azman Wan Omar, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Masyarakat MPSJ, Pn. Rubaizah Bt. Mohamed Nor, Pengarah Dewan Besar, Pn. Noorizai Mohamad Noor, Pengetua Kolej Canselor, Dr. Hanafiah Ayub, dan Pengarah Program PCC 2013, Muhammad Azeem Mohd Lenin.



Antara program yang disusun untuk malam itu ialah persembahan tarian dan nyanyian lagu oleh pelajar, penyampaian hadiah kepada pemenang serta penyampaian cenderehati kepada penaja yang yang telah menjayakan karnival ini.

Malam yang berwarna-warni itu menyaksikan penari dari Kolej Akademi Seri Budaya dan Warisan (ASWARA) menjadi johan bagi kategori Etnik Kontemporari.

Kumpulan Batik menewaskan lima pasukan lain untuk merangkul gelaran juara, yang juga merupakan kemuncak "Malam Gala" yang telah dihadiri oleh lebih dari 500 pelajar dari pelbagai universiti di Malaysia.

Faiz Jaafar, salah satu ahli kumpulan Batik berkata bahawa mereka  sepasukan gembira dan tidak menjangka akan memenangi pertandingan ini kerana mendapat saingan yang hebat dari pasukan lain. Beliau berkata semangat berpasukan dan sepenuh tumpuan yang diberikan semasa latihan telah menyumbang kepada kemenangan ini.

“Kejayaan ini meningkatkan keyakinan kami untuk melakukan yang lebih baik dalam pertandingan- pertandingan akan datang. Terima kasih, ahli PCC, UPM kerana memberikan kami peluang ini," katanya.

PCC telah disokong oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dewan Siswa, Las Copaque dan Yamaha.

Antara acara-acara lain pada malam tersebut ialah penyampaian hadiah bagi beberapa pertandingan yang telah dijalankan pada tiga hari tersebut iaitu, Kejohanan Sofbol Grand Canselor, Cabaran Permainan Putra Cyber, Pertandingan Video Pendek dan Kejohanan Canselor Catur.

Malam gala diakhiri dengan persembahan multimedia PCC dan lagu tema PCC 2013, 'We are still young! Jom Lihat Dunia '. – UPM

--upm/ssm/kgo


WXDcVAT~