| Universiti Putra Malaysia

Pelajar Fakulti Kejuruteraan UPM juarai pertandingan AVF


Oleh: Noraihan Nordin

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Bacelor Kejuruteraan (Pertanian dan Biosistem), Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Chong Shen Loong dan Chai Yi Xue  menjuarai pertandingan Award Vertical Farming (AVF), baru-baru ini

Kedua-dua pelajar itu yang menamakan kumpulan mereka Inter-Farm-Market menewaskan lebih 100 pasukan dari seluruh dunia, pada pertandingan itu yang dianjurkan oleh Association of Vertical Farming (AVF) dari 1 Mac hingga 30 Mei 2016.

Daripada lebih 100 penyertaan dari 40 buah negara itu, sebanyak 24 pasukan disenarai pendekkan ke peringkat akhir.

Pasukan Inter-Farm-Market memenangi hadiah wang tunai US$5,000 dan diundang menyertai Sidang AVF 2016 di Amsterdam RAI Exhibition and Convention Center, Belanda,  pada 13 Jun 2016 untuk sesi penerimaan hadiah. 

Tempat kedua dimenangi pasukan dari Belanda manakala tempat ketiga pasukan dari Sepanyol.

Penaja wang hadiah bagi juara adalah Illumitex Inc, syarikat pengeluaran lampu LED untuk pertumbuhan tanaman dari Texas, Amerika Syarikat. – UPM


 


WXEULAl~