| Universiti Putra Malaysia

Pejabat Pendaftar menang Anugerah Khas Creanova Lean 2017

Oleh Dalina Kamarudin

 

SHAH ALAM – Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi Anugerah Khas Creanova Lean 2017 pada majlis yang dianjurkan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di Hotel Grand Blue Wave,  Shah Alam baru-baru ini.

Pejabat Pendaftar diwakili oleh Cik Siti Ima Munirah Ahmad selaku ketua kumpulan projek Lean membentangkan projek Lean bertajuk Proses Penyediaan Data Staf Bagi Tujuan Pergerakan Gaji Tahunan Staf di UPM.

Pemenang menerima wang tunai RM1,000, trofi dan sijil yang disampaikan oleh KetuaPengarah MPC, Dato’ Mohd. Razali Hussin.

Creanova Lean merupakan acara tahunan anjuran MPC sebagai platform berkongsi pengalaman dan hasil daripada pelaksanaan projek-projek LEAN sekaligus mengiktiraf projek-projek LEAN yang telah berjaya dilaksanakan di agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat swasta di seluruh Malaysia.

Pertandingan yang disertai 30 agensi dari sektor swasta dan kerajaan ini turut mengiktiraf Anugerah Projek Terbaik dan Anugerah Kaizen Terbaik.

WXDdSAR~