Pasukan Kayak Pelajar Fakulti Kejuruteraan UPM, ‘Putra Canoe’ Menang ‘Best Sportive Award’ | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Pasukan kayak pelajar Fakulti Kejuruteraan UPM, ‘Putra Canoe’ menang ‘Best Sportive Award’

Pasukan kayak pelajar Fakulti Kejuruteraan UPM, ‘Putra Canoe’ menang ‘Best Sportive Award’

Oleh Khairul Anuar Muhamad Noh

KUALA LUMPUR, 26 Nov -  Pasukan kanu pelajar tahun akhir Bacelor Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) ‘Putra Canoe’ memenangi ‘Best Sportive Award’ dalam pertandingan Malaysian Concrete Canoe Competition 2017 di  sini.

Semangat berkumpulan dan kesukanan selain menampilkan sikap yang positif dan ceria yang ditunjukan oleh sembilan peserta UPM semasa sesi pembentangan hingga sesi perlumbaan membuatkan mereka berjaya meraih anugerah itu.

Pasukan itu terdiri daripada Muhammad Khairul Faiz Mohd Shafri (ketua pasukan), Siti Syafatin Najihah Mohd Talib, Nor Izreen Zulkifli, Muhammad Shazwan Mazlan, Ahmad Faiq Mohd Yuhaizad,  Wong Hui Kah, Nur Aqilah Abd Rashid, Lim Fu Hwi, Abang Nazrim Abang Shamsuddin dan Nur Syahirah Mohd Jemain. 

Pasukan itu juga mendapat tempat kelima keseluruhan dengan menerima cek bernilai RM1,000 dan plak daripada lapan buah pasukan universiti lain yang bersaing dalam pertandingan anjuran  American Concrete Institute (ACI) - Malaysia Chapter di Tasik Varsiti ,Universiti Malaya.

Pasukan UPM yang mendapat nasihat daripada tiga pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam Fakulti Kejuruteraan iaitu Dr. Noor Azline Mohd Nasir, Dr. Noor Azizi Safiee dan Dr.Nabilah Abu Bakar mempertaruhkan kemahiran, teknikal dan kepimpinan dalam konsep rekabentuk campuran konkrit dan pengurusan projek.

Tarikh Input: 06/12/2017 | Kemaskini: 06/12/2017 | syifarida

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1539806492