| Universiti Putra Malaysia

Pasangan kembar seiras terima ijazah bacelor

Oleh Nur Syamimie Mohd Rozali & Sarah Nabilah Hamdan

Foto oleh Mohd Hasrul Hamdan

SERDANG, 5 Nov - Pasangan kembar seiras Ahmed Ariff Meah Dato’ Seri Azlan Meah dan Ahmed Adrees Meah Dato’ Seri Azlan Meah yang berumur 25 tahun berjaya menamatkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Ahmed Adrees yang lebih selesa dengan panggilan Adrees, menerima ijazah Bacelor Sains (Kepujian) Matematik manakala adiknya, Ariff berjaya menggenggam ijazah Bacelor Sains (Kepujian) Bioteknologi.

“Seusai sahaja final, saya mula bekerja sebagai pengurus projek di NanoMag Sdn Bhd Marketing UPM’s Technology,” kata Ariff sewaktu dihubungi pada Majlis Konvokesyen UPM ke-41. Adrees pula bertugas sebagai ketua unit Group Treasury Operation di ibu pejabat RHB Bank.

Disebabkan muka yang seiras, sering kali timbul kekeliruan di kalangan rakan-rakan serta pensyarah ketika bertemu dengan mereka berdua.

Menurut mereka, rahsia di sebalik kejayaan yang dikecapi ialah perlu berani untuk berhubung dengan profesional dan badan kerajaan, selain pendedahan luas terhadap dunia luar terutamanya dunia pekerjaan. -UPM

WXEaBAN~