| Universiti Putra Malaysia

Pameran Pendidikan Asasi 2014 bantu pelajar peroleh maklumat program diminati

Oleh Syifarida Muhamad Zaki
Foto oleh Noor Azreen Awang



 SERDANG, 26 Feb – Pusat Asasi Sains Pertanian (ASPER), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Pameran Pendidikan Asasi 2014 untuk memberi peluang kepada pelajarnya memperolehi lebih banyak maklumat mengenai program yang mereka minati.

Pengarah ASPER UPM, Prof Dr. Mahiran Basri berkata pameran itu dapat membantu pelajar mengetahui dengan jelas syarat kelayakan minimum yang diperlukan untuk memasuki setiap fakulti.

“Penganjuran pameran selama tiga tahun ini bertujuan memberi lebih pengetahuan kepada pelajar untuk memilih sendiri pengajian di peringkat ijazah.

“Pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh jika mahu masuk bidang yang diminati setelah mendapat maklumat yang jelas,” katanya.



Seramai 700 pelajar asasi hadir pada pameran yang berlangsung selama satu hari itu untuk mengenali semua 16 fakulti peringkat ijazah yang terdapat di UPM.

Selain pelajar asasi, ASPER, UPM turut menjemput 27 buah sekolah yang terdiri daripada sekolah angkat UPM dan sekolah sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk mempromosikan ASPER seterusnya pengajian di UPM.

Pameran dimeriahkan lagi dengan acara kemuncak pada sebelah petang dimana ASPER menawarkan lima buah basikal kepada pelajar ASPER.  Hadiah yang ditaja oleh pengurusan ASPER bagi menyokong usaha UPM untuk menjadi sebuah kampus hijau “Green Campus”.


SXDcWA~