| Universiti Putra Malaysia

Pakar patologi, pelajar sertai Bengkel Dermatopatologi Kebangsaan

Oleh: Azman Zakaria

Foto: Noor Azreen Awang

SERDANG - Seramai 150 orang pakar patologi serta pelajar sarjana patologi perubatan dan dermatologi menyertai Bengkel Dermatopatologi Kebangsaan: Skin Adnexal Tumour Melanocytic & Cutaneeous Lymphoma, baru-baru ini.

Ia bertujuan membincangkan cabang penyakit kulit Skin Adnexal Tumour, Melanocytic Lesion & Cutaneous Lymphoma.

Bengkel itu diadakan di Hospital Pengajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan dianjurkan dengan kerjasama International Academic of Pathology (IAP) Malaysia Division.

Ia dirasmikan Dekan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Prof. Dr. Zamberi Sekawi.

Dermatopatologi adalah satu daripada cabang perubatan berkenaan penyakit yang melibatkan kulit. Di Malaysia, bidang ini masih belum diterokai secara meluas, dan daripada seramai 180 orang pakar histopatologi di Malaysia, hanya terdapat tiga orang pakar dermatopatologi pada masa ini.  

Menurut kenyataan penganjur, memandangkan bidang dermatopatologi masih dianggap asing dan bengkel dermatopatologi yang sangat jarang di Malaysia berbanding dengan disiplin patologi yang lain, bengkel itu penting terutamanya bagi membincangkan diagnosis baharu di dalam WHO Classification of Skin Tumours, Fourth Edition, 2018,.

”Dengan adanya bengkel ini, peserta akan memperolehi konsep asas dan pendekatan sistemik serta kemaskini (update) diagnosis terbaru untuk melakukan diagnosis kes-kes kulit Skin Adnexal Tumour, Melanocytic Lesion & Cutaneous Lymphoma,” kata kenyataan itu. - UPM

SXDdTA~