| Universiti Putra Malaysia

Naib Canselor UPM terima anugerah darjah Kebesaran Kelantan Dato’ Paduka

Oleh Khairul Anuar Muhamad Noh

KOTA BHARU, 12 Nov - Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM),  Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris menerima Anugerah Kehormatan Negeri Kelantan Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.P.M.K) sempena Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Tahun 2017.

Pada istiadat penganugerahan di Istana Balai Besar di sini hari ini, Pemangku Raja Kelantan Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra berkenan menyampaikan anugerah tersebut kepada Prof. Dato’ Paduka Aini.

Senarai 624 penerima dikurniakan darjah kebesaran, bintang, pingat, surat kepujian dan pelantikan Jaksa Pendamai bersempena ulang tahun ke-48 Hari Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang juga Yang di-Pertuan Agong.

WXEZAAQ~