Naib Canselor Rasmi KMR OnePUTRA Residence Fasa 2 | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Naib Canselor rasmi KMR OnePUTRA Residence Fasa 2

Naib Canselor rasmi KMR OnePUTRA Residence Fasa 2

Oleh Nisa Khairina Amirudin

Foto Marina Ismail

SERDANG, 20 Ogos – Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris merasmikan Kolej Mohamad Rashid (KMR) OnePUTRA Residence Fasa 2 di sini.

KMR OnePUTRA Residence yang dahulu dikenali sebagai Kolej Kediaman Pertama telah menjalani penaiktarafan Fasa Satu pada Januari 2016 dan siap pada September 2016.

Ia kemudian menjalani projek penaiktarafan Gasa Dua pada September 2017 dan siap pada Januari 2019.

KMR OnePUTRA Residence Fasa 2 mempunyai tiga jenis bilik berjumlah 88 unit.

Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini ketika merasmikannya mengucapkan tahniah kepada UPM Holdings atas kejayaan  menyiapkan KMR Fasa 2.

Katanya, projek KMR One Putra Residence yang menyasarkan pelanggan khususnya daripada luar negara bakal menjadi pendorong kepada perkembangan sistem penginapan UPM pada masa akan datang.

“Saya berharap projek penaiktarafan KMR OnePUTRA Residence ini menjadi pendorong kepada sistem penginapan di UPM khususnya tumpuan kepada penyediaan kemudahan yang lebih selesa dan sesuai kepada semua lapisan termasuk warga kerja, pelajar antarabangsa dan tempatan,” katanya.

Katanya, KMR OnePUTRA Residence mempunyai kelebihan tersendiri berbanding kolej kediaman lain kerana perkhidmatan yang disediakan bertaraf premium seperti wifi, dobi, kafe dan perniagaan runcit serta perkhidmatan pencetakan.

Pada majlis itu, beliau turut menyempurnakan acara flag off kereta berpelekat iklan UPM Holdings yang merupakan pengiklanan perniagaan UPM Holdings secara bergerak.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UPM Holdings Sdn Bhd, Ir. Khairul Faizi Khalid dan Pengerusi Lembaga Pengarah UPM Holdings, Dato’ Azman Mahmud. - UPM

 

Tarikh Input: 11/09/2019 | Kemaskini: 11/09/2019 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
CUKSVA5:21:26