NAHWAN NUR UPM Johan Festival Nasyid Peringkat Negeri Selangor 2016 | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » NAHWAN NUR UPM Johan Festival Nasyid Peringkat Negeri Selangor 2016

NAHWAN NUR UPM Johan Festival Nasyid Peringkat Negeri Selangor 2016


Oleh: Adidi Tamin

SHAH ALAM, 19 Mac – Kelab Nasyid Nahwan Nur di bawah naungan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul juara Festival Nasyid Peringkat Negeri Selangor 2016.

Lagu yang bertajuk “Dunia Si Kecil” ciptaan Wan Salehudddin Wan Hassan dan lirik oleh Muhammad Radzi Mohd Dul dinobatkan juara dan membawa pulang wang tunai RM3000, sijil dan plak. 



Presiden Kelab Nasyid Nahwan Nur, Mohammad Aizat Luffi Jailani berkata Nahwan Nur pernah memenangi pertandingan tersebut pada tahun 2010.

“Dengan kemenangan ini, Nahwan Nur akan mewakili Negeri Selangor ke Festival Nasyid Kebangsaan pada bulan Mei ini. Kami berharap dapat membuat persembahan terbaik semasa pertandingan di peringkat kebangsaan kelak,” katanya.

Festival Nasyid Selangor 2016 dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Senanyak 17 kumpulan bersaing di peringkat saringan dan 10  kumpulan pada peringkat akhir yang diadakan di SACC Mall, Shah Alam. - UPM


Kemaskini:: [hairul_nizam]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1510999988