| Universiti Putra Malaysia

Muslim Mother Teresa dampingi pelajar asnaf UPM

Oleh Syifarida Muhamad Zaki

Foto oleh Muhammad Izrul Abdul Jabar

SERDANG, 4 Mac - Ikon yang mendapat jolokan Muslim Mother Teresa dari Montreal, Kanada, Sister Sabariah yang berasal dari Malaysia mendampingi 50 pelajar asnaf fakir Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam penyediaan juadah makanan khas secara rewang pada Majlis Tautan Hati bersama Sister Sabariah.

Majlis di Kompleks Makanan (Food 6), Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM itu melibatkan 30 sukarelawan daripada kalangan ahli Sahabat Masjid UPM yang menyediakan juadah berkenaan.

Ikon berusia 70 tahun itu terkenal di peringkat antarabangsa dengan amal bakti memberi makanan kepada gelandangan selama 30 tahun di Montreal, Kanada.

Yayasan beliau, Sabria Foundation berkongsi pengalaman dengan pertubuhan amal UPM, Sahabat Masjid UPM berkaitan kaedah penganjuran program tanggungjawab sosial.

Majlis julung kali anjuran Kelab Sahabat UPM, Pusat Islam Universiti itu bertujuan mengerat hubungan antara Sabria Foundation dan pihak pengurusan universiti di samping memberi peluang kepada pelajar mengenali Sister Sabariah dengan lebih dekat, selain mewujudkan jaringan dua hala bersama sebuah yayasan sukarelawan milik rakyat malaysia yang terkenal di luar negara dengan UPM.

Turut hadir Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris. - UPM

WXEYAAT~