Muhammad Hakimi Dan Saritha Dinobat Olahragawan/Olahragawati UPM 2016 | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Muhammad Hakimi dan Saritha dinobat Olahragawan/Olahragawati UPM 2016

Muhammad Hakimi dan Saritha dinobat Olahragawan/Olahragawati UPM 2016


Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto: Marina Ismail

SERDANG, 19 Mei – Atlet lompat kijang negara, Muhammad Hakimi Ismail dan atlet memanah kebangsaan, Saritha a/p Cham Nong dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Universiti Putra Malaysia (UPM) ke- 32, Tahun 2016.

Masing-masing menerima wang tunai RM1,000 berserta jaket, trofi, jam tangan dan sijil yang disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran.

Muhammad Hakimi, 25, pelajar Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani), Fakulti Pengajian Pendidikan UPM adalah pemegang rekod kebangsaan dan Sukan SEA. Beliau berharap mampu memperbaiki lompatan sejauh sembilan sentimeter lagi daripada catatan perbadinya 16.76 meter. 

Beliau akan menjalani latihan dan menyertai tiga kejohanan di Almaty, Kazakhstan sepanjang bulan Ramadan ini bagi menerusi misi melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Brazil pada Ogos depan.

Pelajar Bacelor Sains Pembangunan Manusia, Fakulti Ekologi Manusia UPM, Sarita pula berharap akan membawa pulang satu pingat daripada Kejohanan Universiti Dunia 2016 di Mongolia yang akan berlangsung pada 1 hingga 5 Jun ini.



Anugerah Olahragawan Harapan diterima oleh pelajar Bacelor Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Mohamad Lutfi Othman yang juga merupakan atlet sukan menembak, manakala Anugerah Olahragawati Harapan diterima oleh pelajar Bacelor Pentadbiran Perniagaan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Raden Nur Najwa Arifah Raden Dzulfakar dari Sukan Tenpin Bowling.

Anugerah Pasukan Cemerlang diterima oleh Pasukan Ragbi dan Pasukan Futsal Wanita, Anugerah Pengurus Cemerlang disandang oleh jurulatih ragbi, Muhammad Zyuraidi Abd Najid; Jurulatih sepak Takraw, Mohd Raziziz Midin; jurulatih memanah, Faiz Mokhtar Lopi; jurulatih futsal wanita, Nor Azmi Sulaiman; jurulatih olahraga, Muhammad Malik Ahmad Tobias dan jurulatih hoki, Alansaufi Ahmad Sopian.

Anugerah Jurulatih Cemerlang dimenangi oleh Khairisul Ali Amet dan Shah Iran Sahar dari sukan ragbi, Liew Tek Wa (memanah); Hafizi Manap (sepak takraw); Khairul Zaini Zainan (olahraga),  dan Hasrul Hassan (futsal wanita).

Pada majlis tersebut turut dilancarkan Buku Manual Prosedur Kerja Pusat Sukan yang  dibangunkan oleh Pusat Sukan UPM pada awal tahun 2016 yang mengandungi prosedur kerja Pusat Sukan terhadap pelajar dan staf dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Pusat Tanggjungjawab (PTJ) yang menguruskan bidang sukan di UPM.

Sementara itu, 185 pelajar yang cemerlang dalam Sukan UPM turut menerima anugerah.  Seramai 105 pelajar menerima Anugerah Emas, 46 pelajar (Anugerah Perak), 24 pelajar (Penghargaan Setia Bakti) dan 10 pelajar (Penghargaan Khas) - UPM


Kemaskini:: [eszereen]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1511347983