| Universiti Putra Malaysia

MSAE ANUGERAH ‘KEAHLIAN KEHORMAT’ KEPADA NAIB CANSELOR UPM


Oleh: Prof. Madya Dr. Rosnah Shamsudin

SERDANG, 4 Sept -
Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi Ramlan menerima anugerah ‘Keahlian Kehormat’ daripada Persatuan Jurutera Pertanian Malaysia atau Malaysian Society of Agricultural Engineers (MSAE) atas sumbangannya dalam bidang pertanian dan keselamatan makanan.

MSAE berkata pemberian anugerah itu sejajar dengan kepakaran Prof. Dato’ Dr Fauzi dalam bidang sains pertanian.

MSAE berharap dengan penganugerahan itu, profesion kejuruteraan, teknologi dan sains yang berkaitan dengan bidang makanan dan pertanian dapat dilonjakkan, seterusnya diteladani oleh generasi kini dan akan datang.

Sebagai sebuah persatuan, MSAE mempunyai kuasa memberikan penghormatan kepada individu yang mempunyai rekod cemerlang dalam bidang kejuruteraan dan sains pertanian.

MSAE yang ditubuhkan pada 1982 adalah organisasi professional dan teknikal bermatlamat  mempromosikan bidang kejuruteraan pertanian dan kerjaya yang berkaitan dengannya. Ahli-ahlinya bergiat aktif dalam ilmu kejuruteraan dan teknologi makanan, pertanian, dan industri serta sumber  yang berkaitan.

MSAE adalah platform bagi menggalakkan kemajuan profesional para ahli, serta mengembangkan peranan, perkongsian dan kerjasama antara jurutera, saintis dan ahli teknologi yang terlibat di dalam sektor pertanian dan makanan.

MSAE juga turut bertindak untuk meluaskan penglibatan jurutera pertanian di dalam isu keselamatan makanan negara. - UPM


SXDcRAr~