| Universiti Putra Malaysia

Mohamad Syzrul dipilih YDP Majlis Perwakilan Pelajar UPM Sesi 2015/2016


Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto: Marina Ismail

SERDANG, 12 Okt
– Pelajar Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohamad Syzrul Yahya dipilih sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM Sesi 2015/2016 di sini.

Mohd Syzrul menerima simbolik penyerahan watikah pelantikan daripada Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd. Fauzi Ramlan, pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Apresiasi MPP UPM Sesi 2015/2016.



Majlis disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran; Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dato’ Dr. Mad Nasir Shamsudin; dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Mohd. Azmi Mohd Lila.

Selain itu, Naib Yang Dipertua MPP UPM, Muhd Zikri Zulkiflee; Setiausaha Agung MPP UPM,  Maisarah Mohamed Zakaria; dan Bendahari Kehormat MPP UPM, Song Yu Hui, turut menerima watikah pelantikan masing-masing.



Majlis itu turut menyaksikan bacaan ikrar oleh 45 pelajar ahli MPP yang juga barisan kepimpinan baharu MPP UPM Sesi 2015/2016.

Sementara itu, majlis turut meraikan sumbangan ahli MPP UPM Sesi 2014/2015 yang menjadi wadah proaktif kepada pihak pentadbiran universiti dalam menjaga serta membangunkan kebajikan pelajar pada sesi pengajian tahun lalu. - UPM


SXETHAo~