| Universiti Putra Malaysia

Menteri Besar Perak kongsi pengalaman ‘Social Business: Perak Experience’

Oleh Khoirun Nisa Ahmad

Foto oleh Noor Azreen Awang

 

SERDANG, 7 Feb – Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir berkongsi pengalaman dalam ceramah umum bertajuk ‘Social Business: Perak Experience’ bersama warga Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

Dalam perkongsian itu, beliau berkata kerajaan negeri Perak membantu rakyat negeri itu melalui penyediaan dan membuka peluang perniagaan kepada mereka.

 

“Kami tidak hanya membantu dengan memberi wang ringgit malah menyediakan peluang perniagaan kepada mereka, yang boleh menjana wang pulangan yang agak lumayan,” katanya.

 

Majlis itu yang diadadakan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dirasmikan oleh Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris. Turut hadir Dekan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Prof. Dr. Azali Mohamed.

 

Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini berkata majlis itu bertujuan mendedahkan pelajar, dan warga fakulti mengenai pengalaman Menteri Besar Perak itu dalam rangka perjalanannya menterjemahkan Perak untuk menjadi ‘social business state.’

 

Turut dijemput pada program itu ialah Pengasas Sister Sabria Foundation Montreal, Kanada, Sabariah Hussein yang berkongsi pengalaman dalam kerja-kerja sosial yang dilakukannya di Montreal sehingga mendapat perhatian Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.

 

“Kerja amal yang saya lakukan ini tidak mengira bangsa serta agama. Saya suka melakukan kerja amal kerana ia juga memberi kepuasan kepada diri saya,” katanya.

 

Katanya, setiap tahun di bulan Ramadan, beliau dan beberapa orang sukarelawan akan memasak juadah berbuka untuk kira-kira 450 orang pelajar di samping mencari keberkatan pada bulan yang mulia itu. – UPM

WXDcTAf~