Masjid UPM Tempat Pertama Kategori Masjid Dalam Pertandingan Perbandaran Bersih | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Masjid UPM tempat pertama kategori masjid dalam Pertandingan Perbandaran Bersih

Masjid UPM tempat pertama kategori masjid dalam Pertandingan Perbandaran Bersih


SUBANG JAYA, 31 Jan - Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih tempat pertama kategori Rumah Ibadah Islam/Masjid dalam pertandingan Perbandaran Bersih dan Indah anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 2011.

Hadiah berbentuk wang tunai RM500 beserta replika diterima oleh Penolong Pendaftar UPM,Wan Mohd Radzi Wan Ismail. Pusat Islam Universiti menyertai pertandingan itu sejak Mei tahun lalu.

Wan Mohd Radzi berkata kemenangan UPM dinilai dari segi kebersihan, keindahan, keceriaan, fasiliti, landskap dan keselamatan persekitaran.

Lapan kategori lain yang dipertandingkan ialah Sekolah Rendah, Sekolah Rendah dan Menengah, Institut Pendidikan/Kolej, Bangunan/Resort/Kompleks Pelancongan, Bangunan Pejabat Swasta/Kilang, Rumah Sesebuah/Berkembar, Rumah Teres Lot Tengah, Rumah Tradisional/Kampung/Tradisi.


Tarikh Input: | Kemaskini: | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
C1563576447