| Universiti Putra Malaysia

Masalah kewangan bukan penghalang menggenggam Master

Oleh: Jerrywesly Senaja
Pelajar Bacelor Pentadbiran Perniagaan, SPE


SERDANG, 8 Jan – Masalah kewangan bukan penghalang graduan Master Komunikasi Korporat, Wan Ahmad Syauqi Wan Lokman untuk menyelesaikan pengajian beliau di peringkat tinggi.

Beliau telah melakukan tiga jenis kerja sambilan bagi menampung kos yuran pengajian mengakui itu adalah antara cabaran terbesar kerana perlu bijak membahagikan masa antara kerja dan juga sebagai pelajar.

“Saya melakukan pelbagai jenis kerja sambilan untuk menanggung kos sara hidup serta yuran pengajian antaranya kerja sambilan membersihkan rumah dan kedai haiwan” katanya.

Wan Ahmad Syauqi, 29, berkata antara kata-kata semangat yang dipegang oleh beliau adalah “pain is temporary, suffering is optional”.

Ungkapan inilah yang mendorong beliau terus maju ke hadapan untuk mencapai kejayaan yang diimpikan.

Kini beliau telah mempunyai kerja sepenuh masa dan pada masa yang sama sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dalam bidang Komunikasi Kemanusiaan. - UPM

SXDdPA6~