| Universiti Putra Malaysia

Malam apresiasi Kolej Ketiga UPM rai pelajar tahun akhir

Oleh Syifarida Muhamad Zaki



BANGI , 17 Mac – Satu majlis makan malam rasmi bertemakan Malam Apresiasi Keunggulan Tradisi 2013 (MKT’13) sempena meraikan 77 pelajar tahun akhir Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diadakan di Hotel Equtorial Bangi-Putrajaya.

Majlis itu bertujuan meraikan 77 Pelajar tahun akhir KTDI yang bakal menamatkan pengajian mereka pada penghujung mei 2013 dan memberi anugerah kepada pelajar  yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum sepanjang menginap di KTDI, UPM.

Ketua Program, Nur Alif Akid Jamaludin berkata selain meraikan pelajar tahu akhir, majlis itu dapat menyuntik semangat pelajar yang masih di peringkat awal pengajian untuk sama-sama mengikuti kecemerlangan pelajar yang bakal bergraduat.

“Semua warga KTDI berpeluang melibatkan diri pada majlis ini dengan melaksanakan tugas masing-masing dan secara langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim serta meningkatkan kerjasama dalam kalangan warga kolej,” katanya.

Majlis yang dianjurkan oleh Majlis Tertinggi Mahasiswa KTDI Sesi 2012/2013 dengan kerjasama pihak pengurusan KTDI dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar itu telah dirasmikan oleh Pengarah Siasatan Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Mustafar Ali.

Sebanyak tujuh jenis anugerah utama iaitu anugerah Third Collegian, Anugerah Kepimpinan, Anugerah Kepimpinan Harapan, Anugerah Akademik Terbaik, Anugerah Olahragawan, Anugerah Olahragawati, Anugerah Kencana Emas, Anugerah Khas, Anugerah Setia Tun dan Anugerah Pingat Emas Alumni telah disampaikan kepada pelajar kolej KTDI yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.



Anugerah Third Collegian berjaya diraih oleh pelajar tahun akhir, Noramira Ahmad. 

Anugerah itu merupakan anugerah tertinggi kolej yang diberikan kepada pelajar yang memenuhi kriteria serba boleh, mempunyai kesetiaan tinggi kepada kolej, mempunyai dedikasi kepimpinan dan kredibiliti, banyak menyumbang tenaga dalam menjayakan setiap aktiviti kolej, tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib, meraih Purata Nilai Gred Kumulatif 3.50 ke atas dan calon dipersetujui oleh ahli jawatankuasa pemilih anugerah.

Majlis turut diserikan dengan persembahan penutup easter dance oleh pelajar tahun akhir KTDI.

KTDI merupakan antara kolej ketiga yang terawal dibina di kampus UPM Serdang selepas kolej Mohamad Rashid dan kolej kedua yang dahulunya terkenal dengan jolokan “Third”.  Selain itu KTDI juga merupakan kolej yang paling berpengaruh di UPM dengan pecapaian-pencapaian yang gemilang dalam kebudayaan, akademik serta pencapaian dalam bidang sukan dengan menjadi juara 17 tahun berturut-turut dalam pertandingan Sukan Inter-Kolej.

Turut hadir pada majlis makan malam itu ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran, Pengetua KTDI, Dr. Pakhriazad Hassan Zaki, Pengerusi Jemaah Pengetua, Dr. Roselan Baki serta pengetua-pengetua kolej UPM. – UPM

-- upm/smz/kgo/kam/del


SXDcRAd~