| Universiti Putra Malaysia

Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih Bersama Tuanku Canselor UPM

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto oleh: Noor Azreen Awang

 

 

SERDANG, 1 Jun – Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada anak yatim, asnaf dan mualaf yang terdiri daripada 50 pelajar UPM dan Biasiswa Wakaf Ilmu kepada enam pelajar UPM di sini.

 

Baginda selaku Sultan Selangor menyampaikan sumbangan itu sempena Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih bersama kira-kira 1,000 warga UPM dan komuniti di Masjid UPM.

 

Pada majlis itu, turut diadakan penyerahan sumbangan Wakaf Projek Khas oleh Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowment (WAZAN) UPM, Dr. Razali Othman berjumlah RM654,814.97 dan Penyerahan Wakaf Teratak Pak Ngah Atan oleh Dr. Hasnah Udin sebanyak RM350,000.00.

 

Sumbangan daripada staf universiti dan umum untuk tabung Wakaf Ilmu UPM turut diserahkan pada majlis itu.

 

Sumbangan diterima daripada Pejabat Pendaftar UPM diwakili, Dato’ Wan Azman Wan Omar sebanyak RM273,693.29 dan wakil-wakil lain iaitu Bendahari UPM Zulkiflee Othman (RM304,353.79) dan Pengarah Pusat Islam Universiti Mat Razi Abdullah (RM347,701).

 

Wakaf Ilmu bertujuan memudahkan warga dan alumni UPM serta masyarakat memberi sumbangan berpandukan konsep wakaf untuk membantu pembiayaan aktiviti akademik, penyelidikan dan pemajuan ilmu di UPM.

 

Pengerusi UPM Holdings Sdn. Bhd., Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Ali menyembahkan zakat perniagaan UPM Holdings bagi tahun 2017 berjumlah RM101,200.

 

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris menyerahkan Replika Kunci Ambulans bernilai RM241,356.80 kepada Ketua Pusat Kesihatan Universiti, Dr. Fauziah Adnan.

 

Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Anuwar Ali pula mempersembahkan Watikah Perisytiharan Pelantikan sebagai Felo Diraja Universiti Putra Malaysia kepada Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah. - UPM

 

 

WXEUVA~