| Universiti Putra Malaysia

Majlis berbuka puasa dan solat Tarawih bersama Tuanku Canselor

Oleh Noor Eszereen Juferi

Foto oleh Marina Ismail

 

SERDANG, 17 Mei – Tuanku Canselor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada anak yatim, asnaf dan mualaf yang terdiri daripada 80 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini.

Baginda yang juga Sultan Selangor menyampaikan sumbangan itu sempena Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih bersama kira-kira 1,000 warga UPM dan komuniti di Masjid UPM.

Pada majlis itu, Sumbangan Bantuan Khas Rahmatan Lil Alamin bagi kategori pelajar sebanyak RM7,000 merangkumi kos vaksin, bantuan banjir, bantuan kebakaran dan bantuan khas, manakala bagi kategori staf jumlah bantuan sebanyak RM2,500 turut disampaikan.

Tuanku Canselor UPM turut berkenan menyampaikan Sumbangan Bantuan Mangsa Musibah Banjir untuk staf UPM sebanyak RM5,000.

Pada majlis itu sumbangan daripada staf universiti dan umum untuk Dana Wakaf Umum juga diserahkan.

Sumbangan diterima daripada Pejabat Pendaftar UPM diwakili Dato’ Wan Azman Wan Omar, RM240,146 dan wakil-wakil lain iaitu Bendahari UPM Zulkiflee Othman, RM327,242.80; Pengarah Pusat Islam Universiti Mat Razi Abdullah, RM310,627.82 dan Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat Dan Endowmen (WAZAN), Dr. Razali Othman, RM372,420.40

 

Datuk Sabiamad Abdul Ahad, menyembahkan zakat pendapatan warga Binasabi Sdn. Bhd bagi tahun 2019 berjumlah RM61,908.

Ahli Lembaga Pengarah UPM Holdings, Dato’ Dr. Syed Hussain Syed Husman menyerahkan Sumbangan Tabung UPM Prihatin@WAZAN sebanyak RM30,000.

Dekan Fakulti Perubatan Veterinar, Prof. Dato’ Dr. Hair Bejo menerima wakaf Kebajikan Haiwan Hospital Veterinar berjumlah RM10,000 dan Ketua Pusat Sukan, Dr. Hanapiah Ayub menerima sumbangan Projek Wakaf Surau Pusat Sukan UPM sebanyak RM70,000.

Simbolik Penyerahan Perisian dan Mesin Braille Embosser untuk Perpustakaan UPM sebanyak RM40,000

Wakaf Ilmu bertujuan memudahkan warga dan alumni UPM serta masyarakat memberi sumbangan berpandukan konsep wakaf untuk membantu pembiayaan aktiviti akademik, penyelidikan dan pemajuan ilmu di UPM. - UPM

WXDdAAO~