| Universiti Putra Malaysia

Mahasiswa UPM lari untuk kutip dana bantu pesakit kanser

Oleh Syifarida Muhamad Zaki


SERDANG, 2 MAC – Lebih-kurang 200 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) menyertai satu larian amal mengutip dana untuk disalurkan kepada Majlis Kanser Negara (MAKNA) bagi membantu meringankan beban pesakit kanser di negara.

Mereka berjaya mengutip RM1,200 penyertaan dengan bayaran yuran sebanyak  RM15  seorang bagi orang awam dan RM5 bagi pelajar UPM.

Larian amal yang dijalankan bersama MAKNA turut menampilkan seorang mangsa kanser berkongsi pengalaman beliau mengenai kanser payudaranya.

Mangsa tersebut, Leha Othman, 32 yang disahkan mengidap kanser payu dara pada 2008 berkata setiap orang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali setahun.



“Wanita yang mempunyai genetik atau ahli keluarga yang pernah mengalami kanser payu dara perlu sering membuat saringan kesihatan.

“Kaji selidik yang dijalankan oleh MAKNA menunjukkan 80 peratus orang memberi alasan sibuk dan tidak mempunyai masa untuk berjumpa doktor.

“Bagi wanita pula, mereka bimbang untuk berjumpa doktor walaupun sedar ada kelainan pada payu dara sedangkan pengesanan awal seperti menjalani pemeriksaan mamogram boleh membantu mereka terselamat daripada ancaman maut,” katanya semasa menyampaikan ucapan.

Beliau beharap semua peserta tanpa mengira jantina dapat memainkan peranan dalam menentang kanser terutamanya berkenaan pengesanan awal kanser payu dara.

Pengurus Penyelidikan MAKNA, Yusof Mohamed Aris berkata seramai 24,000 pesakit kanser di Malaysia menerima bantuan rawatan setiap tahun.

“Pesakit kanser akan menerima keperluan rawatan seperti kemopot untuk rawatan kemeotarapi.

“Kita haruslah peka tentang tubuh kita (‘listen to your body’) jika menghadapi sakit seperti demam yang berlarutan agar segera mendapatkan rawatan di hospital,” katanya.

Pengarah program larian amal atau Miles For MAKNA itu, Noor Adilla Abdullah berkata program itu merupakan pengisian aktiviti Karnival Sri Kandi Negara 2013 yang dianjurkan oleh Kolej 11, UPM.  

“Karnival ini diharap dapat mencungkil bakat pelajar menjadi perintis dalam pelbagai bidang keusahawanan, kepimpinan, sosial dan keprihatinan terhadap masyarakat sekeliling,” katanya.

Antara aktiviti lain yang dilaksanakan didalam Karnival itu ialah Forum: Wanita ‘High Class” pada 23 Februari 2013; Kempen Derma Darah, 20 Mac 2013; Program Anak Angkat Bersama Penduduk Kg. Daun Durian Rembau, 6-8 April 2013; Wild Adventure Trip, 20 April 2013; Explorace Bersama Rakan Muda, 21 April 2013 dan Amal Bersama Pertiwi;26 April 2013.

Turut hadir semasa larian amal ‘Miles For MAKNA’ ialah Pengetua Kolej 11, UPM, Puan Iza Dura Abdul Manan dan Senior Executive MAKNA, Pairy Basri.

-UPM/smz/kgo/Del


SXEYAAV~