| Universiti Putra Malaysia

Kempen Kesedaran Kesihatan Prostat HPUPM

Oleh: Noor Eszereen Juferi

SERDANG, 20 Nov – Kempen Kesedaran Kesihatan Prostat HPUPM 2021 diadakan di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) di sini bertujuan memberi kesedaran awal kepada masyarakat mengenai kanser prostat.

Kempen yang julung kali diadakan di HPUPM itu juga bertujuan mendidik masyarakat untuk menjalani saringan bagi mengesan penyakit prostat pada peringkat awal.

Ia dirasmikan Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman.

Kempen itu sejajar dengan Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki pada bulan November setiap tahun.

Ia bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai penjagaan kesihatan prostat, risiko dan tanda-tanda awal kanser prostat, serta menggalakkan saringan dan rawatan awal.   

Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah UPM, Prof. Dato' Dr. Mohd Ali Hassan; Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UPM, Profesor Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin; Pendaftar UPM, Muhazam Mansor; Pengarah HPUPM, Prof. Madya Dr. Muhammad Mohd Isa; Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM, Prof. Dr. Zamberi Sekawi; dan Ketua Jabatan Urologi HPUPM, Prof. Madya Dato’ Dr Khairul Asri Mohd Ghani. - UPM

WXDdPAx~