Kembar Seiras, Antara 3,428 Pelajar Baharu Yang Mendaftar | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Kembar seiras, antara 3,428 pelajar baharu yang mendaftar

Kembar seiras, antara 3,428 pelajar baharu yang mendaftar

Oleh Alex Ardiansyah

Foto oleh Mohd Hasrul Hamdan

SERDANG – Sepasang  pelajar kembar Muhammad Hazman Mustaffer dan Muhammad Hazmi  Mustaffer, masing-masing 19 tahun,  merupakan antara 3,428 pelajar baharu program bacelor Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mendaftar semester pertama  sesi 2017/2018 pada 12 September yang lalu.

Mereka berasal dari Alor Star, Kedah, mendapat pendidikan awal di Sekolah kebangsaan langgar (2006-2011), kemudian menyambung pengajian sekolah menengah di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar pada tahun 2011 hingga 2015 dan menyambung pelajaran di UPM mengikuti kursus Asasi Sains Pertanian (2016-2017).

Masing-masing melanjutkan pengajian untuk mengikuti program Doktor Perubatan Veterinar, Fakulti Veterinar.

Hazman berkata UPM menjadi pilihan pertama mereka kerana

minat yang mendalam terhadap penjagaan haiwan selain UPM mempunyai hospital haiwan sendiri dan antara universiti terbaik dunia dalam bidang perubatan veterinar.

“Kami juga ingin berbakti kepada penternak untuk memberi bantuan kepada haiwan yang kurang sihat dan meningkatkan kadar kesihatan mereka,” katanya.

Menariknya tentang pasangan ini ialah seramai lima ahli keluarga mereka yang lain turut merupakan alumni UPM iaitu Mustaffer Abdullah (Bapa), Diploma Pertanian, dua orang kakak iaitu Nurhazwani Mustaffer, Bacelor Sains Hortikultur (2004-2007), Nurhafizah Mustaffer, Bacelor Sains Teknologi Makanan ( 2013-2017), dua orang abang iaitu Muhammad Hazwan Mustaffer, Doktor Perubatan Veterinar( 2008-2012),Muhammad Harith Mustaffer, Bacelor Kejuruteraan Mekanikal (2011-2014).

Kembar ini memiliki keinginan untuk menjadi Doktor Veterinar yang mampu berbakti kepada masyakat dalam memberi ilmu pengetahuan pengurusan haiwan ternakan yang cekap dan produktif.

Mereka juga berazam akan berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang membanggakan keluarga.

 

 

Tarikh Input: 19/09/2017 | Kemaskini: 19/09/2017 | syifarida

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1537655316