| Universiti Putra Malaysia

Kegembiraan di sebalik kesedihan Konvo UPM

Oleh Alex Ardiansyah


SERDANG, 4 Nov - Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah mengurnikan ijazah Ph.D kepada anak seorang pelajar pasca-siswazah yang telah meninggal dunia, Jamal Abdul Hamid dalam satu majlis khas selepas Majlis Konvokesyen UPM kali ke-41.

Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan dan Pembangunan Komuniti Allahyarham diterima oleh anak sulung beliau, Muhamad Ridwan dengan diiringi oleh ibunya iaitu Asha Marya dan lima adik-beradik beliau.

Allahyarham Jamal yang meninggal dunia pada 21 Oktober lalu kerana komplikasi jantung yang dideritai selama dua tahun, pernah bekerja di radio RTM selama 32 tahun, menjadi penceramah tilawah antarbangsa pada tahun 1982 hingga tahun 2012 dan menjawat Presiden, Muslim India Malaysia (MIM).

“Ayah sangat aktif dan suka dengan kerja-kerja kebajikan dan pendidikan. Pesanan ayah supaya jangan putus asa walau menghadapi seribu rintangan akan kami ingati,” kata Ridwan.

WXETWAW~