| Universiti Putra Malaysia

Keakrabab adik beradik mudahkan Li dan Liong raih Sarjana serentak

Oleh Thiviyah Manicam

Foto oleh Marina Ismail, Noor Azreen Awang & Mohd Hasrul Hamdan

SERDANG, 7 Nov – Keakraban adik beradik memudahkan mereka belajar pengajian sarjana yang sama hingga berjaya meraih ijazah Sarjana Komunikasi Korporat serentak.

Yeap Ming Li, 30 dan Yeap Ming Liong, 28 merakamkan detik keemasan menerima ijazah sarjana yang sama dalam Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-41 di sini hari ini.

“Belajar bersama amat menyeronokkan kerana dapat berkongsi nota, rujukan dan bantu-membantu antara satu sama lain. Lagipun usia kami yang rapat dan hubungan yang erat amat membantu,” kata Ming Li, seorang pegawai kewangan dan kakak kepada Ming Liong.

Ming Liong, seorang wartawan penyiaran berkata, Education is ageless di mana kerjaya bukan alasan untuk tidak melanjutkan pengajian demi menggilap kemahiran diri.

“Hubungan adik-beradik memudahkan proses pembelajaran kami. Kejayaan ini kami dedikasi buat ayah dan ibu yang banyak memberi sokongan kepada pembelajartan kami,” kata Liong.

 

SXDdQA~