| Universiti Putra Malaysia

IWGM 2021 bincang meneruskan usaha kelestarian

SERDANG, 25 Ogos – The 7th International Workshop UI GreenMetric World University Rankings (IWGM 2021) membincangkan mengenai meneruskan usaha kelestarian dalam keadaan pandemik COVID-19.

Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang berkata tahap kesihatan manusia, haiwan dan alam sekitar adalah perkara yang saling bergantung dan berkait rapat dengan kesihatan planet.

Katanya terdapat sembilan faktor yang menyebabkan bumi kini berada dalam keadaan bahaya iaitu Biosphere Integrity, Climate Change, Novel entities, Stratospheric Ozone Depletion, Atmospheric Aerosol Loading, Ocean Aciditification, Biogeochemical Flows, Freshwater Use, and Land-system Change.

“Antara fokus utama negara bagi melestarikan kawasan bandar adalah menukarkan infrastruktur sedia ada kepada konsep “infrastruktur hijau” supaya mempunyai lebih kawasan hutan untuk mengurangkan risiko perubahan iklim serta melestarikan tanah yang digunakan,” katanya.

Beliau berharap agar Malaysia mempunyai kampus pertama yang berstatus “karbon rendah” pada masa hadapan serta semua reka bentuk kampus di negara ini menitik beratkan hal-hak berkaitan kelestarian terutamanya penjanaan elektrik oleh kemudahan awam dan sistem pengangkutan.

Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini berkata demikian dalam ucaptamanya yang bertajuk Climate Action within Planetary Health pada program IWGM 2021 anjuran bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universitas Indonesia (UI) yang berlangsung selama tiga hari bermula 24 hingga 26 Ogos 2021.

Bengkel antarabangsa yang bertemakan Universities, UI Greenmetric and SDGs in the Time of Pandemic ini menyaksikan lebih 50 pembentang dari 30 buah negara bagi perkongsian amalan terbaik di kampus masing-masing dalam melaksanakan usaha kelestarian.

IWGM 2021 turut membincangkan topik seperti Isu dan Inovasi dalam Pengurusan Penetapan Infrastruktur; Isu dan Inovasi dalam Menguruskan Sisa; Isu dan Inovasi dalam Menguruskan Air; Isu dan Inovasi dalam Menguruskan Pengangkutan serta Isu dan Inovasi dalam Menguruskan Bidang Pendidikan. - UPM

SXDdJAQ~