| Universiti Putra Malaysia

IPSAS anjur bengkel memperkasa belia dan sayang OKU


Oleh Syifarida Muhamad Zaki
Foto oleh Noor Azreen Awang

SERDANG, 19 Jun – Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan bengkel Disability Equality Training bertujuan untuk memperkasa belia dan sayang orang kurang upaya (OKU).

Ketua Laboratori IPSAS, Dr. Nor Wahiza Abdul Wahat berkata masih terdapat segelintir masyarakat sukar menerima golongan OKU dan menganggap mereka itu menyusahkan.

“Banyak tanggapan yang dilontarkan kepada pelajar (OKU) saya selepas melihat keadaan fizikal mereka lain dari manusia lain.

“Masyarakat sepatutnya perlu memberi sokongan kepada golongan OKU untuk tampil lebih yakin menjadi insan yang berguna.

“Golongan OKU juga layak diberi peluang bekerja supaya mereka tidak dianggap hanya mampu meminta derma dan menjual tisu sahaja”, katanya yang juga Ahli Majlis Penasihat Presiden dan Ketua Ahli Orang Kota Bharu (OKB) OKU, Persatuan Orang Kota Bharu (POKB).

Bengkel itu menampilkan Timbalan Presiden OKB OKU, Mohd Hafiz Halim sebagai penceramah yang juga OKU penglihatan.

Melalui bengkel itu peserta dapat memahami punca dan situasi yang menjadi penyebab timbulnya isu ketidakupayaan seperti halangan fizikal, pengasingan sosial, diskriminasi dan persepsi.  Peserta juga dapat merancang bagaimana untuk melibatkan OKU dalam masyarakat.


 


SXEUMAg~