Innovation Open Day (IOD) Bakal Pamer 13 Inovasi | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Innovation Open Day (IOD) bakal pamer 13 inovasi

Innovation Open Day (IOD) bakal pamer 13 inovasi

Oleh Azman Zakaria
Foto oleh Saleha Haron


SERDANG, 19 Mei - Sebanyak 13 inovasi baharu dalam bidang Rekabentuk dan Senibina akan dipamerkan pada Innovation Open Day (IOD) yang dianjurkan oleh Putra Science Park (UPM), pada 24 Mei ini.

Timbalan Pengarah Bahagian Promosi dan Pamasaran Inovasi, Putra Science Park, Dr. Mohamad Fakri Zaky Ja’afar berkata program itu yang berbentuk showcase akan diadakan di Galeri Serdang, Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), dari jam 10 pagi hingga 1 petang.

Ia bertemakan Prospering Through Art & Design Innovation.

Beliau berkata fokus utama penganjuran IOD adalah untuk mempromosi pengkomersilan teknologi UPM, menggalakkan perbincangan secara bersemuka antara penyelidik dan pihak industri serta menggalakkan jalinan kerjasama antara industri dan universiti daripada segi perkhidmatan kepakaran dan kosultansi.

Katanya, ini merupakan usaha bagi memperluaskan lagi jaringan antara universiti dan pihak industri bagi membantu meningkatkan pengkomersilan teknologi yang ada di universiti.

“Jika ada yang berminat, mereka boleh membeli teknologi dan ia akan dilesenkan untuk pasaran,” katanya pada pelancaran ‘soft launch’ pameran itu.
 
Katanya, sehingga kini, penganjuran UPM IOD telah menunjukkan hasill yang positif, dan Putra Science Park telah berjaya mendapat peluang untuk mengadakan perbincangan pengkomersilan dengan lebih lanjut daripada pihak industri.

Tiga belas inovasi yang disumbangkan oleh FRSB untuk IOD itu termasuk i-STP, iaitu inovasi berkaitan sistem rawatan bagi loji kumbahan bersifat terasing (independent) yang mudah dikendalikan, khusus untuk penempatan di atas air seperti perkampungan air.

Juga terdapat inovasi MyOBSA-Ops yang berkaitan dengan rangka kerja sistem penilaian kelestarian bangunan pejabat di peringakt operasi.

Turut dipamerkan adalah The IBS Foreman, E-Site Inventory, Decoponix, Homedeco, Speculum, He-Pro (Fly Repellent), Student’s School Furniture, i-Face dan Froggy Lamp.

Penganjuran IOD ini bersempena sambutan 20 tahun FRSB. - UPM


Kemaskini:: [hairul_nizam]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1506300904