| Universiti Putra Malaysia

ICF2017 perkenal budaya antarbangsa

Oleh Alex Ardiansyah

SERDANG, 21 Dis – Pelbagai kebudayaan dan makanan antarabangsa dipamer dan diperkenalkan kepada masyarakat dan pelajar pada Program Antarabangsa Art and Culture Festival (ICF) di sini.

Program yang dianjurkan Universiti Putra Malaysia International Student Association (UPMISA) itu bertujuan meningkatkan nilai kebersamaan pelbagai budaya di kalangan pelajar dan masyarakat.

Festival yang dianjurkan untuk kali keempat itu bertemakan ‘Cultural in the Digital World.’ Ia diadakan di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz (PKKSSAAS), UPM.

Pengarah program ICF 2017, Athaya Shankya yang juga Pengarah Kebudayaan dan Seni UPMISA berkata 11 gerai pameran mempromosikan pelbagai jenis budaya serta makanan antarabangsa, antaranya Indonesia, Gambia, Somalia, Pakistan, Algeria, Oman, Libya, Nigeria dan Bangladesh. 

 “Penganjuran program ini diharap akan memupuk semangat integriti serta memberi peluang kepada pelajar antarabangsa untuk mempromosikan makanan negara mereka serta turut mempromosikan makanan tempatan Malaysia kepada pelajar luar negara,” kataya.

Pada majlis itu, ICF 2017 turut bekerjasama dengan National Cancer Society Malaysia (NCSM) dengan memberi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan khidmat nasihat secara percuma kepada orang ramai, dalam memupuk kesedaran pencegahan kanser bermula dari peringkat awal.

Turut hadir Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris; Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman; Duta Besar Iraq ke Malaysia, Hassan Mohsen Al-Haydary; dan Duta Besar Gambia ke Malaysia, Ramzia Diab.  - UPM

WXEUPA~