| Universiti Putra Malaysia

I Can See Your Wave 3.0 serlahkan bakat pelajar

Oleh: Muhammad Fauzi Hairi dan Muhammad Nazreen Samuri

 

SERDANG, 22 Jan – Seramai 17 pelajar Tahun 1, Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Kelab Mahasiswa Fizik (KMF) mengadakan program “I Can See Your Wave 3.0” secara atas talian.

Program adaptasi daripada rancangan realiti TV popular itu dikelolakan sepenuhnya oleh pelajar Tahun 1 dan dijalankan secara atas talian untuk tontonan umum dan warga UPM, dengan jumlah tontonan di laman Facebook Live mencecah 2,100 tontonan

Program itu bertujuan memberi peluang khususnya kepada Pelajar Tahun 1 menguruskan program di UPM, dan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar tahun 1 walaupun dalam keadaan pembelajaran secara maya.

Penasihat program, Prof. Madya Dr. Yap Wing Fen berkata perbincangan serta persediaan program dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian tanpa perjumpaan secara bersemuka

Dua pensyarah Fakulti Sains, Dr Mohamed Ibrahim  Mohamed Tahir dan Dr. Norhazlin Zainuddin dijemput sebagai panel. Pelajar Tahun 2 Bacelor Sains Fizik dengan Kepujian, Nur Fadhlil Wafi Nor Alihan pula diundang sebagai penyanyi jemputan bagi memeriahkan lagi program.

Program itu dikendalikan dua pengacara iaitu pelajar Bacelor Sains Fizik dengan Kepujian, Rusdyana Natasa Ghazali, dan Bacelor Sains Dalam Sains Bahan Dengan Kepujian, Natasya Syamsol.

Program “I Can See Your Wave 3.0” disertai enam pelajar Tahun 1 Jabatan Fizik sebagai penyanyi misteri. Mereka ialah  empat pelajar Bacelor Sains Fizik dengan Kepujian - Nurul Syahirah Shahrol Nizam, Nur Atiqah Azmiera  Azmi, Muhammad Nazirul Mubin Bakhtiar Tuah, dan Muhammad Syafi Haziq Mohd, dan dua Pelajar Bacelor Sains Fizik dengan Pendidikan Kepujian, Muhammad Safuan  Zamir dan Mohamad Farid  Rozali.

Persembahan menarik oleh penyanyi misteri berjaya mencuit hati penonton yang menonton di “Facebook Live”. Penonton dan kedua-dua ahli panel memberikan bantuan dan pendapat kepada penyanyi jemputan untuk menyingkirkan beberapa penyanyi misteri yang disyaki bukan penyanyi sebenar.

Selepas penyingkiran pada setiap pusingan, akhirnya, penyanyi jemputan  berjaya memilih Nur Atiqah Azmiera  Azmi, pelajar Bacelor Sains Fizik dengan Kepujian sebagai pasangan duet pada pusingan terakhir yang merupakan antara penyanyi sebenar dalam program itu.

Nur Atiqah Azmiera berkata dia tidak menyangka program seperti itu dapat dijalankan walaupun dalam situasi sekarang.

"Saya amat bertuah kerana terlibat dalam program seperti itu dan berharap akan terus menyerlahkan bakat saya pada masa akan datang dan dapat mewakili UPM," katanya.

Pengarah I Can See Your Wave 3.0, Muhammad Syafi Haziq Mohd Fauzi berkata walaupun pembelajaran dilakukan secara atas talian, pelajar tahun 1 tetap dapat mengenali antara satu sama lain.

“Situasi pandemik COVID-19 yang melanda bukan penghalang untuk kami merapatkan ukhwah dan mengenali antara satu sama lain,” katanya. - UPM

 

 

WXEUCAo~