| Universiti Putra Malaysia

Halangan guru tidak menghalang Kar Jun berolahraga

Oleh Wan Nur Zurain


SERDANG, 17 November 2019 – Walaupun pernah dipersoalkan minatnya untuk menyertai sukan olahraga, namun Kwong Kar Jun atau lebih mesra disapa Kar Jun tetap meneruskan minatnya dalam sukan olahraga dan kini telah berjaya mendapatkan Bacelor Pentadbiran Perniagaan.

“Buat apa kamu nak masuk sukan, sukan ini membuang masa dan tak ada masa depan”, itulah kata-kata bekas guru Kar Jun yang telah membuatkannya berasa lebih bersemangat untuk meneruskan sukan olahraga tersebut dengan hasrat dapat membuka mata gurunya bahawa atlet juga mempunyai masa depan yang cerah.

Dengan berbekalkan hasrat yang tinggi serta perasaan yang berkobar-berkobar untuk berjaya, Kar Jun telah dapat membuktikan bahawa pelajar sukan juga mampu untuk meraih gelaran bacelor dan beliau pernah mendapat anugerah dekan untuk semester keenam sepanjang pengajiannya.

Beliau yang kini sedang berada di semester pertama Master dalam Pengajian Sains Sukan turut berkongsi pencapainya yang terbaik dalam bidang sukan olahraga adalah beliau pernah menjadi wakil Malaysia ke kejohanan World Universe di Taiwan Dan Itali pada tahun 2017 dan 2019.

Di samping itu, beliau juga kini telah berjaya membuka sebuah kelab yang diberi nama Kelab Kawan pada tahun lepas yang bertujuan untuk melahirkan bakat-bakat baru dalam bidang sukan serta untuk membimbing mereka dalam mencapai matlamat yang mereka inginkan dalam bidang sukan. - UPM

WXDdQAW~