| Universiti Putra Malaysia

FRSB diseru terus komited realisasi hasrat UPM pacu kecemerlangan universiti


Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto: Marina Ismail


SERDANG – Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM) diseru terus komited merealisasi hasrat universiti memacu kecemerlangan universiti reputasi antarabangsa.

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Syed Jalaluddin Syed Salim berkata staf fakulti memainkan peranan penting bagi meningkatkan produktiviti di UPM.

“Bagi memastikan UPM teguh sebagai medan intelektual, staf perlu bersama-sama membudayakan ilmu serta menghidupkan budaya daya kritis yang tinggi dan kesungguhan untuk mencapai kecemerlangan merintis perkara baharu,” katanya semasa merasmikan Majlis Sambutan Dua Dekad FRSB UPM di sini.

Sambutan Dua Dekad FRSB itu menjadi motivasi dan mendorong semua warga FRSB untuk memainkan peranan dalam mencapai visi dan misi fakulti.

Dekan FRSB, Prof. Madya Lar. Dr. Osman Mohd Tahir berkata pihak fakulti sentiasa berusaha untuk membina lebih banyak jaringan kolaborasi dengan rakan industri dan institusi pengajian tinggi tempatan mahupun luar negara.

“FRSB menghargai rakan-rakan industri yang bekerjasama dengan FRSB dan harapan saya hubungan baik ini dapat diteruskan dalam menggembleng kepakaran yang memberi nilai tambah kepada pembangunan industri,” katanya.



Selain itu, FRSB dengan kerjasama Putra Science Park menganjurkan program ‘Innovation Open Day 2016’. Ini bagi merealisasikan hasrat universiti dalam memperkasakan penyelidikan reka bentuk dalam pelbagai cabang inovasi dan pengkomersilan.

Sementara itu, pameran ‘Sustainable Environmental Exploration And Design (SEED) Showcase’ turut diadakan pada majlis itu yang dijayakan oleh pelajar tahun akhir dan pensyarah FRSB. Produk yang dipamerkan berpotensi untuk di ketengahkan kepada industri, seterusnya bekerjasama dengan industri untuk menghasilkan produk yang memenuhi permintaan pasaran. - UPM


SXESPAu~