Forum Pak Rashid The Che’gu Kenang Bakti Allahyarham Pak Rashid | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Forum Pak Rashid The Che’gu kenang bakti Allahyarham Pak Rashid

Forum Pak Rashid The Che’gu kenang bakti Allahyarham Pak Rashid

Oleh: Khoirun Nisa

Foto oleh: Muhammad Izrul Abdul Jabar

 

            

 

SERDANG, 15 Dis –  Forum Pak Rashid The Che’gu: “Pencetus Inspirasi, Ilham Masa Depan” memberi pendedahan kepada warga kampus dan masyarakat mendalami bakti Allahyarham Pak Rashid dalam pembangunan awal Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris berkata sumbangan pihak terdahulu membangunkan UPM sehingga tersohor pada masa kini perlu dihargai dan dijadikan inspirasi dalam mengharungi cabaran.

 

 

“Saya berharap warga UPM akan terus menanam budaya gigih serta bersemangat kental untuk mengharungi cabaran untuk maju dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang,” katanya.

 

Beliau berkata, ia akan menyemarakkan budaya ilmu dan kecemerlangan UPM serta tradisi menyumbang akan terus subur di kalangan warga UPM dan alumni.

 

Pada majlis itu, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini turut melancarkan penamaan Auditorium Rashdan Baba sempena nama Naib Canselor UPM yang pertama, Prof Emeritus Tan Sri Dr. Mohd Rashdan Baba sebagai tanda penghargaan UPM terhadap sumbangan beliau kepada pembangunan UPM serta mengabadikan satu ikon akademia yang menjadi sumber inspirasi seluruh warga UPM.

 

Pengarah Pusat Alumni UPM, Prof. Madya Dr. Hazandy Abdul Hamid pula berkata melalui program itu ia dapat menanam semangat kerjasama untuk menaikkan Yayasan Pak Rashid (YPR).

 

“Yayasan Pak Rashid mendokong cita-cita untuk menjadi satu Yayasan yang dapat memperkembangkan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan,” katanya.

 

Turut hadir Presiden Persatuan Alumni UPM, Dato Seri Diraja Syed Razlan Jamalullail. - UPM

 

 

Tarikh Input: 02/01/2018 | Kemaskini: 02/01/2018 | syifarida

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1537845979