FANRes 2017 Ketengahkan Peranan Usahawantani Untuk Keselamatan Dan Kedaulatan Makanan | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » FANRes 2017 ketengahkan peranan usahawantani untuk keselamatan dan kedaulatan makanan

FANRes 2017 ketengahkan peranan usahawantani untuk keselamatan dan kedaulatan makanan

Oleh Nurnadhira Mahidin

Foto oleh Noor Azreen Awang

SERDANG, 22 Ogos – Fakulti Pertanian, Universiti Putera Malaysia (UPM) menganjurkan Persidangan Food, Agriculture and Natural Resources 2017 (FANRes 2017) bagi menangani cabaran baharu peranan usahawantani dalam aspek keselamatan dan kedaulatan makanan.

Timbalan Menteri Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman berkata penawaran makanan dicabari oleh faktor-faktor pengeluaran yang terhad dan perubahan cuaca.

“Keusahawanan dikenalpasti secara global sebagai pemangkin untuk penghasilan makanan yang effisyen dan seterusnya dapat meningkatkan produktiviti pertanian antara penyumbang dalam meningkatkan ekonomi negara.

“Cabaran yang dihadapi pengeluaran pertanian hari ini diperkuat oleh sumber-sumber terhad termasuk buruh, tanah dan air serta perlu menggunakan pendekatan yang komprehensif untuk menangani cabaran,” katanya.

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris berkata isu sekuriti makanan akan lebih mencabar pada masa hadapan disebabkan oleh peningkatan dalam permintaan makanan selaras dengan pertumbuhan populasi dan peningkatan pendapatan.

“Kebolehcapaian makanan melalui aplikasi teknologi menggunakan kemahiran baharu dari pelbagai program pertanian. Dengan meningkatkan produktiviti dan pendapatan akan menarik lebih banyak usahawan untuk menyertai bidang ini,” katanya.

FANRes 2017 kali ke-3 yang berlangsung pada 21 hingga 23 Ogos itu bertemakan “Pengukuhan Usahawantani untuk Kedaulatan Makanan” adalah anjuran bersama Universitas Brawijaya, Universitas Jember, Tokyo Universiti of Agriculture (TUA), International Society for Southeast Asian Agricultural Sciences (ISSAAS) dan Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries (MAFF), Japan-ASEAN Secretariat .

Seramai 200 peserta dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Brunei, Korea Selatan, Iran, Nigeria, Jepun dan Bangladesh yang telah menyertai persidangan itu. - UPM

Kemaskini:: 11/09/2017 [syifarida]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1511197706