| Universiti Putra Malaysia

Duta Republik Poland rasmi Pameran Poland: Contemporary Architecture and Urbanis

Oleh Noor Eszereen Juferi
Foto Marina Ismail

 



SERDANG, 19 Mei — The Chief of The Mission Republik Poland di Kuala Lumpur, Monika Krzewicka merasmikan Pameran Poland: Contemporary Architecture and Urbanism di Galeri Serdang, Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM), baru-baru ini.

Pameran itu bertujuan memaparkan transformasi bandar kontemporari di bandar-bandar utama Poland dalam 25 tahun yang lalu dan turut memaparkan transformasi terhadap persekitaran kontemporari di Poland.

Pensyarah Kanan, Jabatan Senibina Landskap Dr. Shureen Faris Abdul Shukor berkata pameran itu memberi peluang kepada mereka yang menggemari landskap persekitaran kontemporari untuk melihat sendiri transformasi yang berlaku di negara bahagian Timur Eropah.



“Ini secara langsung memberi peluang kepada UPM untuk mempertingkatkan jaringan serta memperkukuhkan hubungan antara UPM dan universiti-universiti di Poland serta mempertingkat jaringan antarabangsa,” katanya.

Tambah beliau, ini merupakan pameran pertama yang dianjurkan oleh Galeri Serdang UPM bersama Kedutaan Republik Poland di Kuala Lumpur dalam melaksanakan penganjuran program pameran seni bina pembangunan bandar di Poland di bawah penyelarasan FRSB, UPM.

“Ini mendedahkan masyarakat Malaysia kepada maklumat terkini mengenai politik, ekonomi serta sosio budaya negara tersebut,” katanya di sini.

Sementara itu, FRSB turut mengadakan BazaArt Carnival iaitu gabungan ‘Bazaar’ dan ‘Art’ diilhamkan oleh Galeri Serdang bertujuan untuk mempromosikan aktiviti seni serta pameran yang berlangsung di Galeri Serdang UPM.

Pada BazaArt kali ini, pengunjung berpeluang berhibur dengan persembahan pelajar, penjualan makanan dan minuman serta demostrasi Wall art Grafitti di fakulti tersebut. - UPM


SXDdEAo~