| Universiti Putra Malaysia

Dr Zetty Norhana terpilih ikuti Australia - APEC Women in Research Fellowship

Oleh Azman Zakaria


SERDANG, 14 Sept - Pensyarah Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Zetty Norhana Balia Yusof terpilih untuk mengikuti Australia - APEC Women in Research Fellowship.

Beliau akan menjalankan penyelidikan bertajuk “Screening, identification and isolation of bioactive compounds exhibiting antioxidant and antibacterial activities from selected endemic marine microalgae and macroalgae.”

Kawasan pesisiran pantai Australia Selatan mempunyai kepelbagaian paling tinggi  endemic macroalgae dan penyelidikan ini diharap akan membawa kepada penghasilan molekul bioaktif berguna dengan memanfaatkan kedua-dua mikro dan macroalgae bioavailability yang banyak terdapat di persekitaran.

Dr Zetty berkata peluang yang ditawarkan oleh Australia-APEC Women in Research Fellowship itu akan menjadi platform penting untuknya dalam mempelajari teknologi penyelidikan yang baharu, menerbitkan hasil penyelidikan, dan mewujudkan hubungan profesional baharu dengan institusi akademiknya.

“Saya percaya jalinan dengan Australia-APEC Women in Research Fellowship ini akan  mempertingkatkan lagi kedudukan dan tahap penyelidikan saya,” katanya yang dipetik daripada laman web RMIT University.

Australia - APEC Women in Research Fellowship menyediakan bantuan kewangan kepada penyelidik di kalangan wanita yang mencapai kejayaan tinggi dari negara ekonomi membangun APEC untuk mengambil peluang meneruskan penyelidikan dengan kerjasama institusi penyelidikan dan pendidikan Australia.

Setiap tahun 10 felo ditawarkan untuk selama lima tahun (2015 hingga 2019). Institusi penyelidikan dan pendidikan Australia akan menyediakan tempat bagi mereka selama antara satu hingga empat bulan. – UPM


SXDcQAq~