Dr. Paramasivam Terima Anugerah Atas Usaha Promosi Bahasa Tamil | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Dr. Paramasivam terima anugerah atas usaha promosi Bahasa Tamil

Dr. Paramasivam terima anugerah atas usaha promosi Bahasa Tamil


Oleh: Noor Eszereen Juferi

AFRIKA SELATAN
– Prof. Madya Dr. M. Paramasivam dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima Sijil Penghargaan atas sumbangannya dalam memberi tunjuk ajar dan mempromosi Bahasa, Seni dan Budaya Tamil di Afrika Selatan.

Sijil penghargaan itu disampaikan Dr. Raj Gounder, Pengurus Kanan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan di KwaZulu-Natal, yang terletak di bawah Kementerian Kesenian dan Kebudayaan Afrika Selatan.

Majlis berlangsung pada 25 November 2015 di  Durban Merebank Tamil School Society Hall semasa Festival Karthigai Deepam. Seramai 45 anggota delegasi Malaysia dan lebih 1,000 masyarakat Tamil Afrika Selatan menghadiri majlis itu.

Dr Paramasivam yang dikenali ramai di Afrika Selatan menjalankan usaha mempromosi bahasa dan budaya Tamil sejak 20 tahun lalu.

Pelbagai aktiviti dijalankan di Afrika Selatan termasuk usaha mempromosi dan menggalakkan pertuturan dalam bahasa Tamil, seminar dan sesi dialog dalam bahasa Tamil, persembahan kesenian dan kebudayaan, lawatan dan program membabitkan masyarakat setempat, mengiktiraf sumbangan pemimpin Tamil tempatan serta mengadakan Festival Makanan Malaysia.

Hasil daripada program yang membabitkan komuniti setempat itu, UPM dijangka akan menerima kunjungan 40 delegasi masyarakat Tamil dari negara-negara seperti Afrika Selatan, Mauritius, Reunion Island, Singapura dan Malaysia untuk projek mempromosi dan menggalakkan bertutur bahasa Tamil pada 2017. – UPM


Kemaskini:: [hairul_nizam]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1511032822