| Universiti Putra Malaysia

Dr. Noor Aina terima Anugerah Penghargaan Akademik Bahasa Melayu 2015

Oleh Noor Eszereen Juferi



PULAU PINANG – Pensyarah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Noor Aina Dani menerima Anugerah Penghargaan Akademik Bahasa Melayu 2015 di Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini.

Beliau menerima wang tunai RM3,000 dan sijil yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan 2015.

Dr. Noor Aina yang berasal dari Kundasang, Sabah berkhidmat di UPM hampir 20 tahun dan mempunyai kepakaran dalam bidang Lingustik Gunaan dan Psikolinguistik.

Katanya, beliau mendalami ilmu bahasa Melayu selama dua dekad, dan penghargaan anugerah itu adalah sangat bernilai.

Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu adalah pengiktirafan yang diberikan kepada golongan akademik sebagai penghargaan kecemerlangan dan sumbangan individu dalam memartabatkan bahasa Melayu. - UPM


WXEZIAY~