Dr. Farzad Menang Empat Pingat Emas Di I-ENVEX | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Dr. Farzad menang empat pingat emas di i-ENVEX

Dr. Farzad menang empat pingat emas di i-ENVEX


PAUH PUTRA – Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Farzad Hejaz, memenangi empat pingat emas pada Pameran Rekacipta dan Inovasi Kejuruteraan Antarabangsa (i-ENVEX), baru-baru ini.

Dr. Farzad, yang juga penyelaras fakulti itu, juga menerima Anugerah Khas bagi Rekacipta Kreatif yang disampaikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Pameran i-ENVEX diadakan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), dengan penyertaan oleh penyelidik dari Malaysia, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Kanada, Taiwan, China, Romania, India and Iraq.

Pameran itu yang diadakan di Kampus Induk UniMAP Pauh Putra, menggalakkan penyertaan penyelidik muda, saintis dan perekacipta, seterusnya menghimpunkan mereka di bawah satu bumbung untuk mempamerkan rekacipta masing-masing.



Berikut adalah produk yang dipamerkan di i-ENVEX. Kesemua produk dalam peringkat dikomersilkan:

1 - Nonlinear Conical spring Bracing System for Structures under Dynamic Load. Inventor: Dr. Farzad Hejazi, Dr. Amir Fateh, Professor Dato' Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar.
2 - Divergent Viscous Wall Damper. Inventor: Dr. Farzad Hejazi, Mr. Soheil Nikpour, Professor Dato' Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar.
3 - FEM program for Analysis of RC Structure with Prestress Elements. Inventor: Dr. Farzad Hejazi, Mr. Milad Hafezolghorani, Professor Dato' Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar, Assoc. Prof. Ir. Dr. Raizal Saifulnaz Muhammad Rashid.
4 - Rubber Damper Connector. Inventor: Dr. Farzad Hejazi, Mr. Esmaeil Ibrahimi, Professor Dato' Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar.  - UPM.


Kemaskini:: [eszereen]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
1800 22 5587
+603 8948 7273
C1505860557