| Universiti Putra Malaysia

Disiplin tinggi punca kejayaan Chuah Yu Tian

Oleh Cheng Kai Wah

 

SERDANG, 28 Okt – Pemegang pingat perak acara lompat bergalah wanita  Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Chuah Yu Tian, 25, mahasiswa Fakulti Sains, melengkapkan pengajian Bacelor Sains (Kimia Petroleum) dan menerima ijazah bacelor pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-42, hari ini.

 

Ketua penyelidik projek bacelor beliau, Prof. Mansor Ahmad turut berasa kagum atas kegigighan Chuah yang bijak membahagikan masa untuk latihan sukan dan tugasan akademik.

 

“Chuah sentiasa datang awal ke makmal pengajaran untuk membuat penyelidikan beliau bagi memastikan eksperimen beliau dapat dilengkapkan dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya.

 

Pada masa ini, Chuah merancang untuk fokus sepenuhnya dalam latihan sukan sebagai persiapan untuk Sukan SEA 2019. - UPM

SXEZJA~