Halaman Selamat Datang
Selasa, September 02, 2014 
 
Berita »

UPM latih kursus kepimpinan kepada pegawai-pegawai kanan Bangladesh




SERDANG, 29 Jun – Universiti Putra Malaysia (UPM) bekerjasama dengan kerajaan Bangladesh buat kali pertama dalam kursus Kepimpinan  Lanjutan kepada 200 pegawai kanan kerajaan Bangladesh sejak 4 bulan lalu.

Dekan Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan (GSM) UPM, Prof. Dr. Arfah Salleh berkata kursus itu membantu menambah keupayaan pegawai-pegawai kanan Bangladesh untuk mempertingkatkan kemahiran kepimpinan dan mendedahkan mereka kepada amalan-amalan baik dalam perkhidmatan awam dan pembangunan sosio-ekonomi di Malaysia.

“Pendedahan itu memberi pengetahuan tentang faktor-faktor yang penting untuk mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang pesat.






“Pengalaman Malaysia  ternyata akan memberi manfaat kepada kerajaan Bangladesh untuk mencapai status negara berpendapatan sederhana pada 2021,” katanya pada majlis penutupan kursus Kepimpinan Lanjutan di sini.

Prof. Arfah berkata, UPM menjemput pegawai-pegawai kanan dari perkhidmatan awam sebagai penceramah untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

Kerajaan Bangladesh telah memilih Sekolah Siswazah Pengurusan, UPM sebagai institusi yang melaksanakan program itu memandangkan ia adalah Sekolah Perniagaan terbaik di negara ini.

Prof. Arfah menambah bahawa pihak universiti berbesar hati untuk melatih lebih ramai delegasi dari perkhidmatan awam Bangladesh di masa hadapan di samping mengukuhkan kebolehupayaan kerajaan Bangladesh untuk mencapai visi bagi menjadi negara berpendapatan sederhana menjelang 2021.

Berita ini disediakan oleh Fatin Shafina binti Rasidi, 03-89466189 dan foto disediakan oleh Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan