| Universiti Putra Malaysia

Charity Superhero Run jana dana bantu nelayan

Oleh: Syatirah Husna Mohamad Zaid

 

SERDANGMajlis Tertinggi Mahasiswa Sukan dan Rekreasi Kolej Mohamad Rashid dengan kerjasama Faculty of Environmental Studies’ Students Association (FESSA) Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Charity Superhero Run bagi membantu menjana dana nelayan di Kampung Makmur, Tanjung Tualang, Perak.

Program itu yang dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Nelayan Air Tawar (PENIAT) membabitkan larian kategori Fun Run iaitu larian bersahaja sejauh tiga kilometer dan Fit Run sejauh sembilan kilometer.

Pengarah program, Aimi Nadhirah Roslan berkata keadaan tasik yang tercemar di kampung itu menyukarkan penduduk setempat menangkap ikan.

“Saya harap melalui penganjuran program ini akan berupaya memupuk semangat daya saing yang sihat dalam diri mahasiswa serta meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Program dimulakan dengan senaman zumba oleh pasukan, manakala perasmain dan pelepasan peserta dilakukan oleh Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris.

 

Seramai 276 peserta iaitu 40 untuk kategori Fit Run dan 236 orang untuk kategori Fun Run menyertai larian itu.

Kategori lelaki Fit Run dimenangi Willie David Christopher, diikuti Zana Ruhaizat Zana Rudin dan Kamarul Faizal Tajaruddin, manakala kategori wanita dimenangi oleh Susan Swier, dikuti Norsida Azman dan Tan Yi Lan. Mereka masing-masing menerima pingat, piala dan sijil penghargaan

Program itu ditaja syarikat Yeos dan Ombak Printing and Services.  - UPM

 

SXETHAi~