CAMP'12 Bincang Cabaran-cabaran Teknologi | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » CAMP'12 bincang cabaran-cabaran teknologi

CAMP'12 bincang cabaran-cabaran teknologi


SERDANG, 15 Mac - International Conference of Information Retrieval and Knowledge Management (CAMP ‘12) pada 13-15 Mac 2012 adalah platform ideal untuk ahli-ahli akademik dan penyelidik dari pelbagai negara untuk membincangkan cabaran-cabaran dalam mencari maklumat, linguistik pengkomputeran dan pengurusan maklumat. 

Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof Dr Tai Shzee Yew berkata beliau kagum dengan pembangunan pesat perisian dan aplikasi teknologi dan yakin CAMP '12 menawarkan peluang yang besar kepada peserta-peserta mencari penyelesaian bagi mengatasi cabaran-cabaran teknikal dalam teknologi.

“Melalui persidangan ini, peserta-peserta dapat mempromosikan aktiviti penyelidikan yang bertujuan unutk menghasilkan platform teknologi yang berkos efektif,” katanya.

Sementara itu, Presiden PECAMP, Prof Dr Tengku Mohd T. Sembok percaya bahawa Malaysia memerlukan enjin pencarian carian sendiri bagi menguruskan sektor politik, masyarakat, dan perniagaan.

Persidangan tiga hari bertemakan "Ke Arah mencari maklumat Global dan Kejayaan Pengetahuan" itu, mensasarkan peserta-peserta dari sektor swasta, agensi kerajaan dan institusi akademik untuk berkongsi idea dan penemuan penyelidikan ciptaan mereka.

Penceramah terdiri daripada Prof Dr. Fabio Crestani dari Universiti Glasgow, United Kingdom, Prof Dr Alan F. Smeton dari Dublin City University (Ireland) dan Prof. Dr. Tang Enya Kong, pakar penggunaan mesin penterjemahan.

Ia disertai oleh 100 peserta dari termasuk India, Jepun, Timur Tengah, Myanmar, Amerika Syarikat, Perancis dan Malaysia manakala UPM diwakili oleh 30 peserta.

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FCSI), UPM merupakan penganjur utama bagi persidangan yang sangat berjaya ini.

Berita ini disediakan oleh  Nur Hafiza Pakhurdin, 03-8946 6190 (MarComm) dan foto oleh Mohd Azreen Awang, 03-8946 6199 (MarComm)


Tarikh Input: | Kemaskini: | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
C1563352009